Bakat penyanyi remaja kesayangan ramai yang bakal mengadakan konsert sulungnya yang diberi nama “Justin Bieber My World Tour in Malaysia” di Stadium Merdeka, pada 21 April ini memang tidak boleh disangkal lagi. Berjaya menggondol anugerah Artist of The Year di American Music Awards (AMA) 2010 ternyata penyanyi cilik ini benar-benar mempunyai aura tersendiri.
Dilahirkan pada tanggal 1 Mac 1994 Justin atau nama sebenarnya Justin Drew Bieber merupakan seorang budak lelaki yang berasal dari Stratford, Ontario yang menyanyikan lagu berentak POP/R&B.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Berpunca daripada video tersebutlah bakat nyanyian Justin dikesan oleh seorang penggiat muzik yang dikenali sebagai Scooter Braun.
Selain mempunyai suara yang unik dan cara nyanyian yang berbeza dengan artis-artis lain, Justin turut diminati kerana perwatakan serta wajah keanak-anakannya. Bukan sahaja mampu mencetus obses golongan muda terhadapnya, lebih daripada itu Justin turut dikenali oleh golongan dewasa kerana populariti yang diraih.

Jika sebelum ini Maher Zain telah berjaya memukau jutaan penonton dengan konsert beliau, saya percaya Justin Bieber juga tidak kurang hebatnya. Cuma belum ada tanda-tanda yang Justin sudi menyanyikan lagu Baby dalam versi Melayu seperti yang dilakukan Maher Zain terhadap lagu InshaAllah. Jika lagu Baby di Melayu kan, agak-agak jadi menarik atau pelik!
0 comments:
Post a Comment